Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Template

Powered by Blogger

Seruan Salam

Monday, July 20, 2009

Boss Dan Pemimpin

Seorang boss mempekerjakan orang bawahannya,
tetapi seorang pemimpin mengilhami mereka.

Seorang boss menginginkan kekuasaannya,
tetapi seorang pemimpin menginginkan sesuatu yang baik.

Seorang boss menimbulkan ketakutan,
tetapi seorang pemimpin memancarkan kasih.

Seorang boss mengatakan AKU,
tetapi seorang pemimpin mengatakan KITA.

Seorang boss menunjukkan siapa yang bersalah,
tetapi seorang pemimpin menunjukkan apa yang salah.

Seorang boss tahu bagaimana sesuatu dikerjakan,
tetapi seorang pemimpin tahu bagaimana mengerjakannya.

Seorang boss menuntut rasa hormat,
tetapi seorang pemimpin membangkitkan rasa hormat.

Seorang boss berkata, PERGI,
tetapi seorang pemimpin berkata, MARI KITA PERGI.

Kita,
Boss atau Pemimpin??

Read More......

Saturday, July 18, 2009

Teka+Teki = Tiada Jawapan

Salam Wasilah Ukhwahfillah..

Keramatnya Ukhwah Melangkaui Hubungan Darah
Kasih Sayang Kerana ALLAH
Tonggak Kekuatan
Digubah Dengan Acuan Aqidah
Tidak Seorang Dibiar Gundah
Andai Ditakdir Rebah
Seribu Mebahu Gagah
Moga Hatimu Tabah Menempuh Segala Mehnah
Andai Ingin Diluah
Diri Ini Sedia Bersama Berkongsi Resah
Semoga Terus Gagah Melangkah..

Semakin lama, hidup di bumi UMS ini semakin indah. Bilamana cuba bertatih, ada sahaja orang menjadi pembantu melancarkan pergerakan. Tapi dalam tempoh itu juga, begitu banyak cabaran yang datang. Semua cabaran itu datang tidak berhenti namun tetap digagahi kerana Tuhan tidak akan uji kita dengan ujian yang tidak tertanggung.

Namun cabaran yang terbesar bilamana saya memegang amanah di dalam MPP. Hidup kelam kabut bagai dilanda ribut. Tanpa disangka, muncul satu blog yang mengancam kesatuan kami dalam MPP.

Siswa Sembunyi..

Saya cuba berteka teki menjawab persoalan ini, tapi saya buntu. Bermula dengan teguran sinis kepada MPP dan JAKMAS, dan di ikuti satu persatu dengan mungkin nisa, saya, mas dan falo, saya minta kepada siswa sembunyi, cukuplah! Jangan lagi tabur garam ke atas luka. Jadi pengkritik memang bagus, tapi jangan sampai memfitnah. Hanya Allah tahu isi hati hamba-hambaNYA.

Read More......

Friday, July 10, 2009

Suatu Ketika

Sang Waktu Menegurku,
Dimana TUHAN bersamamu tadi???

Read More......

Wednesday, July 8, 2009

Kabinet lulus Matematik, Sains dalam Bahasa Melayu

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini meluluskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dan menengah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaannya bermula berperingkat mulai 2012 bagi Tahun Satu dan Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Beliau berkata, bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Serentak itu, katanya, kerajaan memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan perlu dimantapkan lagi.

“Pelaksanaan keputusan Kabinet bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan berkuatkuasa pada 2012.

“Ia bermula secara berperingkat dan perubahan ini tidak membabitkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan keputusan Kabinet itu di sini.

Bagi memastikan pelaksanaannya tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), Muhyiddin berkata, pengajaran dan peperiksaan kedua-dua mata pelajaran terbabit akan dilaksanakan dalam dwi bahasa sehingga kumpulan terakhir PPSMI tamat pada 2014.

Beliau berkata, kerajaan mengambil keputusan itu selepas meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan berhubung PPSMI, sama ada yang dilaksanakan Kementerian Pelajaran atau badan bebas sejak dasar terbabit mula diperkenalkan pada 2003.

Katanya, hasil kajian itu menunjukkan dasar itu tidak pernah dilaksanakan seperti yang dihasratkan.

“Apa yang dilaksanakan ialah PPSMI/BM, di mana guru mengajar pelajaran Sains dan matematik dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu,” katanya.

Read More......

Saturday, June 27, 2009

Guruku.. (Buat Abg Sidi dan Abg Pres)

guruku
ialah peminta sedekah yang licik tapi sabar
mengheretku kedunianya
dengan harapan menggugat
kesedaranku
 
guruku
ialah anak kecil
yang terus bertanya
walau jawapanku
tidak pernah memuaskan hatinya

berkat kesabarannya
aku tiba di puncak jaya..

Read More......

Friday, June 26, 2009

Michael Jackson Meninggal Dunia


Salam Wasilah Ukhwahfillah..

Sebentar tadi, saya seorang kawan  telah menyatakan kepada saya Raja Pop Dunia, Michael Jackson atau nama islamnya Mikael telah meninggal dunia. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiuun. Al-Fatihah buat beliau.

Mungkin ramai antara kita tahu bahawa sebelum ini hidup beliau penuh dengan kontroversi namun bilamana beliau mengucap dua kalimah syahadah pada November lepas, di hadapan Yusuf Islam, kita berdoa agar beliau hidup dalam redha Allah.InsyaAllah.

Pembedahan-pembedahan untuk merubah wajahnya acapkali membuatkan kita merasa jelik dengan sifat yang sebegitu. Namun semua itu beliau lakukan sebelum memeluk Islam. Apatah lagi, selepas memeluk Islam, beliau telah menyumbang dana untuk melakukan amal kebajikan dan sempat membina sebuah masjid di Bahrain. Moga amal yang beliau lakukan diterima olehNYA sebagai amal yang membawa manfaat. Amin..




Michael Jackson meninggal dunia
26/06/2009 10:07am


LOS ANGELES 26 Jun - Michael Jackson disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang waktu tempatan (2.26 pagi Jumaat waktu Malaysia) selepas jantungnya gagal berfungsi, demikian menurut para pegawai di sini.

Kematian Raja Pop itu mengejutkan dunia dan dianggap sebagai satu kehilangan besar kepada para peminat dan dunia hiburan antarabangsa.

Pegawai Koroner Long Angeles, Leftenan Fred Corral memberitahu CNN bahawa Jackson, 50, disahkan meninggal dunia dua jam selepas pasukan perubatan menerima panggilan dari rumah bintang tersebut.

"Saya hanya boleh memberitahu buat masa ini kami telah dimaklumkan oleh penyiasat dari Jabatan Polis Los Angeles Barat bahawa Jackson telah dibawa ke hospital dan ketika tiba di sana, beliau tidak sedarkan diri dan kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 2.26 petang,'' kata Corral kepada CNN.

Katanya, bedah siasat kemungkinan akan dilakukan esok tetapi tidak menyebutkan punca kematian. - AFP

Read More......

Thursday, June 25, 2009

Zikir Sang Lebah



seruanmu memekar bunga
umpama kamu
bertebaran umat membanjiri Kaabah
sayapmu berterbangan memadukan wujudiah

bersama kamu kutarikan zikrullah
kutembusi tabir kubah sarangmu
ada sang permaisuri dikawal rapi
kukenangkan malaikat mengelilingi Arasy
 
Johar Buang

Read More......